Wednesday 2 June 2010

Airis kene MEASLES/CAMPAK

kesian die...semlm Airis disahkan kene demam campak...since Monday lagi dah nmpk bintik2 merah tu, then ku dan en.hubby bawak Airis gi klinik tapi doc cakap bukan campak just ruam...but then, semlm bintik2 tu makin teruk and Airis pun makin menjadi rengeknye...kesian die...paling worse, kene kat bahagian dalam mulut..Airis x boleh menyusu macam biase dan itu buat Airis sangat marah...lagi Airis marah bl time nak tdo die x boleh ber'puting'...sedih nye bile Airis asyik cakap "sakit..sakit.." tak sanggup mummy nak dengar lagi...

so, semalam kul 10 pm, ku dan en.hubby bawak Airis gi Klinik Family TTDI pulak, br doc sahkan Airis kene campak. Balik rumah terus bg Airis makan ubat. so far, pagi tadi keadaan Airis dah sedikit baik. dah boleh menyusu dan makan bihun. Alhamdulillah...

so, as for sharing..ku add kan sikit info pasal Campak ni..untuk panduan bersama..

MEASLES ATAU CAMPAK
Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan viruChickenpoxs measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.
**sumber info: SINI

OhPenaku: Airis ni x sehat pun lasak semacam je...tapi dlm lasak2 tu merengek jugak...sampai doc pun cakap die aktif wpun x sehat...hihi



2 comments:

Unknown said...

emm fati pun penah kena gak dulu masa umur 9 bulan kot.. better dont give any ubat from doc lah mass.. bg minum air kelapa je.. biar campak tu keluar..

kalau bg ubat, tkt campak tu terbantut lak.

Unknown said...

ye ker...semlm dah bg die minum air kelapa jugak..tgk bintik2 tu pun dah kering semlm...