Friday 4 June 2010

Susah nak tido

Airis sekarang memang susah sangat-sangat bile nak tido malam...
asyik ingat nak main jer..bile ku bawak die naik bilik then tutup lampu, mule la die pun menyanyi (menangis)..
bukan sket2 tau...macam kene pukul...haishhh....
so, skrg ni, bl nak tido je ku kene melayan dan bermain dengan die dulu sampai betul-betul mengantuk...

time ni dah 9.30 pm..mateku dah rabak, mate Airis...? terbuntang lagiii...
main hp ku, nak helo2 daddy dulu...
nak main cak-cak pulak....hmmm...layankan ajeee...
dah boring ngan bear tuh...campak je...aiiiii....
AKHIRNYA....tdo jugak...gud nite sayang...muahhh!!


Bihun TomYam

Salam hari Jumaat...
burrrpppp....Alhamdulillah....kenyang betul lunch ku ari nih...dan sangat best...
memang peberet ku...dah berkali-kali dah sendawa nih...hihi...

ni la gerangan bihun tomyam yang mengenyangkan perut ku...
sedap sungguh...cukup rase pedasnye, masamnye juge...pergghhh...
harganye RM5.00 >> berbaloi-baloi dgn rasenye...
ku order je dan terus org kedai antar smpi depan pintu ofisku...(sangat malas kan...hihi)

Selamat Menjamu Selera...daaaa...


x de keje..

keje ku pepagi lagi dah belogwalking ke rumah kawan-kawan sebelog...hihi
nasib la boss ku baik hati, x kisah ape ku nak buat..belogwalking ke, belogjogging ke hape...yang penting keje ku siap!! wallaaaa..
dalam tgh berjalan-jalan tu, tersinggah lame pulak kat belog si cantek manis ni, 
sebab ternampak contest ni..dan nak terjoin...hihi


dengan sungguh-sungguh nye ku cari piccas manekah yang menampakkan ke'genic'kan dan kegedikkan ku..
hasilnye ku jumpe yang ini...
fotogenic ke?? @ fotogedik yang lebih nih...ngeeehehehe....
pic ni time raye Aidilfitri tahun lepas..captured by my sist in law..
ku rase piccas ni best sbb sangat original dan ianya candid oke..no standby and action..main snap jer..hihi
makanya nampak sket keikhlasan disitu..hahaha...boley??? boleh la cik yeyen yer...;-))

 3 photogeniclicious yg ku 'tag' :-))

OhPenaku: closing date nye: 30 JUNE 2010

abis daaaa, cik yeyen sila la view...hihi, sekian.....


Thursday 3 June 2010

Frust menonggeng!!

dah x boleh nak pikir dah ni..tak tau nak cakap cemane betape frust nye diriku....melampau x klu dikatekan frust ku ni same ngan frust putus kasih...hmmm...bile sume plan x menjadi..memang sangat2 frust...

en.hubby ku belikan pakej gi Genting bersempena ngan bufday ku ahad nih...beliau beli time MATTA fair ri tu..so, bl beli kat MATTA fair ni mang x boleh la nak booking hotel time cuti sekolah kan...makanya, kami plan nak gi awal dr tarikh my bufday, means this week la...tapi click punye click, cari punye cari..x dpt pulak booking bilik coz sume dah fully book...ramai sangat la yg beli pakej yang same tu gaknye kan...ku kecewa..

pastu, en.hubby kate x pe la..cube try test tarikh lain pulak..x kisah la bebila pun asal jgn time bulan puase udah...ku pun teruskan la misi membooking tanpa skip tarikh,tanpa memilih tarikh...malangnya, memang sume tarikh dah fully book... ku kecewa lagi...

then, en.hubby cakap lg..x per, try kol pulak..kot2 blh buat booking on fon ke..?? ku pun tanpa membazir masa, terus mendial. ade la mamat customer service yg jawab..(tu pun tunggu punye la lame..) tanye punye tanye, mamat ni ckp x leh buat booking on fon...ku kecewa lagi... *_*

pastu, (kali ni x refer en.hubby dah..) ku mendail sekali lagi...tungu punye tunggu...amoi pulak jawab fon..ku pun mengadu la ngan amoi tu pasal bilik sume dah fully book...cane? akhirnya, percubaan ku berbaloi bile amoi tu boleh booking kan bilik tuk kami...dgn date yang ku nak pulak tu...cayalah amoi... ^_^  cume kene tambah extra charge 15 hengget..ala, bukan 150 hengget pun kan...x der hal la amoi...hihi

wpun kami akan ke Genting agak lewat dr tarikh rancangan sebenar tp ape ku kesah...asal ku dapat pegi sudahh...lain2 tu tolak tepi...ekekeke..

OhPenaku: Kite hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya...




Wednesday 2 June 2010

Airis kene MEASLES/CAMPAK

kesian die...semlm Airis disahkan kene demam campak...since Monday lagi dah nmpk bintik2 merah tu, then ku dan en.hubby bawak Airis gi klinik tapi doc cakap bukan campak just ruam...but then, semlm bintik2 tu makin teruk and Airis pun makin menjadi rengeknye...kesian die...paling worse, kene kat bahagian dalam mulut..Airis x boleh menyusu macam biase dan itu buat Airis sangat marah...lagi Airis marah bl time nak tdo die x boleh ber'puting'...sedih nye bile Airis asyik cakap "sakit..sakit.." tak sanggup mummy nak dengar lagi...

so, semalam kul 10 pm, ku dan en.hubby bawak Airis gi Klinik Family TTDI pulak, br doc sahkan Airis kene campak. Balik rumah terus bg Airis makan ubat. so far, pagi tadi keadaan Airis dah sedikit baik. dah boleh menyusu dan makan bihun. Alhamdulillah...

so, as for sharing..ku add kan sikit info pasal Campak ni..untuk panduan bersama..

MEASLES ATAU CAMPAK
Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan viruChickenpoxs measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.
**sumber info: SINI

OhPenaku: Airis ni x sehat pun lasak semacam je...tapi dlm lasak2 tu merengek jugak...sampai doc pun cakap die aktif wpun x sehat...hihi



Tuesday 1 June 2010

Rindunye kampung halamankuuu..

mmmm...opppsss. salam bloggers.. ;-) mmm...rasanye dah agak lame ku tak pulang ke kampung halaman tempat kelahiran tumpah darahku ni...**teringat lagu Negaraku lak time nih** hihihi...

since my dad ade kat rumah my sist kat Semenyih nun la...dah dekat 2 bln kot...seingat ku ni lah masa yang paling lame ayahanda ku duduk kat KL nih...sebelum ni memang jangan harap ayahanda ku tu nak stay lelame kat sini...x boleh lame-lame,byk keje terbengkalai katenye...hihi..orang tua kan..rumah tu pun banyak sentimental value ayahanda ku dengan arwah bonda ku...mabe 90% disebabkan itu lah...selebihnya sbb ayahanda ku sgt rajin membaiki rumah kampung ku tu..ade je sane sini yang nak ditambahnye...mmm...

InsyaAllah penghujung bulan June ni nanti, ayahanda ku akan balik smule ke Pahang...dan maka dengan itew, ku pun boleh la pulang ke kampung ku...hooyeayyy...hehehe...

Ini lah die pintu gerbang masuk to my rumahbandar hometown...hihi...ku sangat teruja bile lihat gerbang ini...

Felda Jengka 14 (Raya)..kawan-kawan jemputlah datang rumah ku time raye nanti ea...wah! puase pun belom dah nak raya...hihii....x per, advance sket dari org lain ape salahnye kan..kan..kan..hihi

Sekian. ;-))


Selamat Tinggal Masa Lalu....


Tahukah kamu..
ketika aku mulai menyukaimu,
maka saat itu aku sudah mulai mengikis egoku demi dirimu..
Tahukah kamu..
ketika aku mulai menyayangimu,
maka sejak itu juga aku melupakan banyak hal yang ku sukai demi menyukai apa yang kamu senangi..
Tahukah kamu..
ketika aku mencintaimu dengan sepenuh hatiku,
maka saat itu juga aku mulai menjadikan aku seperti yang kamu inginkan..

ku lakukan semua seperti yang kamu harapkan..
Tp..
Mengapa perih yang kau torehkan dalam hidupku???
Mengapa linangan airmata yang kau tinggalkan untukku??
Kemana cinta yang selalu kau bisikan ditelingaku dulu??
Dimana janji bersama selamanya yang pernah kita janjikan bersama???

Aku terluka..
Namun,
Aku tak pernah membencimu..
Karna aku tahu..
Tuhan mendengarku..
Tuhan mengerti cinta yang ku banggakan ini..
dan Tuhan paham bahwa aku masiih pantas bahagia..

Terima kasiih untuk kepalsuan yang kau beri..
karna dari kepalsuan itu aku belajar menghargai arti kejujuran..
Terima kasih atas airmata yang kau tinggalkan..
krn dengan airmata ini pula aku paham betapa berharganya cintaku..

selamat tinggal masa lalu.. :)

Monday 31 May 2010

Rangsangan Anak Bijak

OhPenaku: bebelan ini agak panjang...hihi
Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Tidak perlu muzik-muzik klasik, pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik bagi mereka ialah IBU dan BAPA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama..Interaksi harian begini adalah paling penting. Tapi kadang-kadang memang susah nak fikirkan cara baru untuk nak merangsang baby atau kanak-kanak ni kan...okeh. kat bawah ni antara aktiviti menarik yang uolls boleh praktikan (yang berdasarkan sains...cewahh)..insyaAllah pasti membuahkan hasil. ;-) Chekedout;;

  • BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

  • BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

  • JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

  • JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
  • HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
  • GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
  • TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
  • BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
  • NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
  • GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
  • SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
  • PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
  • BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
  • BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
  • SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
  • BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
  • MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
  • JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
  • MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
  • BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
  • ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
  • BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
  • LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
  • BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
  • IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
  • BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
  • RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.
  • CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
  • BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.
  • (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.
  • GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
  • JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
  • KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
  • GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")
  • TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
  • TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
  • MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).
  • RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
  • MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
  • MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
  • BERGURAU-SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
  • MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
  • AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
  • HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
  • SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
  • PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
  • CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
  • MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
  • MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
  • BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermenfaat untuk kite smue! ;-))


Satay Dapur Gass..??

salam,

haaaa....alkisahnye,ni lah die SATAY DAPUR GAS... ;-))

urrmmm...pernah uolls dengar satay dapo gas x?? hihi...ini sesuatu yang x normal...yang normal nye org bakar satay dengan pembakar nye la kan....hmmm...excely, ade cerita di sebalik satay dapo gas ini...
hari itu, 28.5.2010 bersamaan hari Jumaat dan cuti hari Wesak. Ibu mertuaku suruh order kan satay mentah 200 cucuk..amik ko. byk giler...katenye nak jamu jiran tetangga sempena ngan bufday my bro in law..so, cincai2, pagi2 lagi ku dah order, malamnye satay pun sampai...hihi...
ooopppsss,,sebelum satay sampai tu, makcik dan jugak sepupu2 ku sblh en.hubby dah smpi dulu...memang langkah kanan korang kan...hihi...
so, bile satay sampai je..ibu mertuaku dah pening kepala. cam ne nak mensalai satay tu?? arang pun x beli lagi nih...hihi..makanye, dengan sebab itu la terjadinye satay dapo gas ni sbb satay akhirnya disalai gune dapo gas aje...boleh ler bakar sket2 untuk dijamu kat makcik dan sepupu2 ku itu...kalo nak bakar sampai abis 200 cucuk tu ha atas dapur gas...mak aiiih...boleh abis setong gas tu...silap2 meletop kot sbb panas sgt...hehehe...

ni la antara hasilnya...not bad la jugak rasanye...x caye, gi try..hihi
tukang bakar..en.hubby ku....
ratu posing...itu aku!! hehe..

walaupun satay tu dibakar atas dapo gas jer...tapi mereka makan dengan seleranya tau...hihi...dan mereka balik pun dengan keriangan sebab perut sudah kenyang....ekekeke....


Ape itu BELOG??

uolls pembelog tegar?? jum kite tengok ape itu BELOG...hihi
BLOG merangkumi smue yang di atas ini....it's all about the owner and a life...enjoyyy..

HAPPY BLOGGING wahai semua "pembelog".. ;-))