Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Monday, 5 July 2010

Ziana vs Mohd

Salam kalian,

Aiseyyy, sebenarnya agak terkonfius gak kenape Mohd menang walaupun aku memang setuju 100% dengan juri2 seMalaysia....
tapi apekah Mohd menang sebab lebih kepada pengaruh Mentornye, Ziana Zain tu....@ mmg bakat die kah?? even Mohd sendiri mengakui popularity Ziana turut mempengaruhi kelebihan meraih undi SMS..

tapi pade aku la kan..suare Mohd memang best sebab lantang dan sebutan die yang clear tu yang best...x de lar tenggelam timbul jerk...itu yang aku suke, bukan Mohd jer la...mn2 penyanyi pun klu die nyanyi terang dan lantang memang aku suke dengar....

tak kesah la kan, Mohd dah menang pun...yang penting jangan separuh jalan je ko bersungguh2...lepas Mentor pun ko kene keje kuat gak...baru betul-betul best!!...hehee..[macam juri professional lak aku....:-p ]

pic :: gua.com

~sekian. bai..~



Friday, 11 June 2010

Petua untuk "tahan lame" di pagi Jumaat

Grrrrrrrrrr....tajuk boleh mengundang kontrovesi nih....miahahaha....ewahh...ewahhh..ewahhhh...suke benor korang kalau bab-bab nak tahan lame nih kan....hihihi....okeh. kat bawah nih ado petuo ea untuk "tahan lamo"..sesuaiiii untuk yang berkeluarga mahupun yang masih solo....cekidaut yo..ekekekek....





KELAPA PARUT
Untuk lobih tahan lamo selamo 2 tahun.
Bolah kelapo pastu amik sebolah joo.
Gunokan sebolah pado 31 December 2010. Dan sebolah laie
pado 1 January 2011. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lamo,
Jangan gunokan jari pasal jari korang ado bakteria.
Sebab tu lauk copek basi. Cedok la pakai sudu ko, sudip ko, pensel ko.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA OMEH
Kalau untuk lebih 'tahan lamo',
Bayarla zakat utk barang komeh tu atau pakai yo.
Omeh bilo dah banyak bona, konola bayar zakat.
Kalau tak, hilang atau kono curik, padan muko korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lamo
Jangan rondam dalam serbuk pencuci lamo naa. elak guno mesin basuh.
Jangan jomur kek bwh matohari torik. elak guna bleach.
Jangan bawak mandi kek pantai.
Gantung bilo disimpan.
Cuci guno air joram, xpun sngai,air hujan.
Jangan bagi pinjam kek kenkawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lamo PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN BUEK MUZIUM.

KERETA
Nak tahan lamo.
Lopeh boli, simpan kek garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2 sampai abih loan. gerenti tahan lamo. Pastuh masukan plak dlm frame. Lotakkn kek dinding

KENYANG
Kalau nak tahan lamo,
Sebolum makan - baco bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lamo?
Banyak kan sonyum, jangan fikir sumo masalah. Ado masalah pn sonyum. Dh kono tampar pipi tu pun sonyum joo..pastuh sambil sonyum tampar balik org tuh pakai bosi paip..

ROKOK
Rokok nak tahan lamo?
Jangan isapp... ...!!!!, lotak ateh mejo pastu tengok jo smpi lobam.kemudian g jumpo aji RASIP mntak sebatang rokok DUNHILL 20 tuh..ini baru dinamokan kepimpinan melalui tauladan..
P/S: yg ponting rokok murah simpan pastu pau lak rokok mahal..
 
TIDUR
Nak tahan lamo tak tidur malam sobab nk g mancing
Rajin-rajinlah tidur siang byk2 kek upis.

HUBUNGAN
Bertahan lamo dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas jo!!!!
 
SOLAMEK TAHAN LAMO-LAMO YOO...IYOOO BOTOO... 

jemariberkata: bile pulak dah ku pandai cakap Nogori nih....konpius....dah tuh! poie sambung buek kojo lak...bai. :-)

 

Thursday, 10 June 2010

Ayat-ayat Mengorat

Masa zaman moyang>datuk>ayahanda kita dulu, cara mengorat dan ayat-ayat cinta yang dorg gunakan berbeza dengan taktik yang diguna generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, dorang menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.


Macam ni:
“Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” dan kalaulah ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman 2010 ni, agak2 uolls wanita akan terpegun>terperanjat terkejut beruk x sebab kamu terlalu jiwang dan kotnye awek tu tak faham pun perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” dah tidak boleh guna kot di zaman ini.ekekek....

Perbezaan budaya jugak menjadikan ayat-ayat mengorat orang Barat omputeh tidak boleh diaplikasi oleh orang Timur. Orang Timur lebih bersopan bila mendekati wanita dan tak menggunakan ayat-ayat berunsur seks.
macam ni:
“Want to see my hard drive? I promise it isn’t 3.5inches and it ain’t floppy” akan mengundang pelempang yang mungkin mencacatkan muka kamu...hahaha

Jadi, N3 ni mencadangkan ayat-ayat mengurat yang mungkin efektif>sesuaiiii kepada wanita zaman skrg yang lebih berpengetahuan dan lebih komplikated dan lebih berani drpd generasi dolu2.
oooppss!! perlu diingatkan, N3 ini juga hanya sesuaiiii untuk yg berstatus bujang trang tang tang aje okeh....!!

Ayat Mengurat Berlapik
Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”.

Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk  mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.ekekek....

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara,[wah!!!] wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.
Ayat Mengurat Romantis
Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.

“I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.

Dan di zaman ini, tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengurat.

Ayat Mengurat Terus Terang
“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang kamu akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita.  Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah kamu mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika kamu jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.

Sekian....Selamat mengurat!

sumber: GUA MUZIK.com

Wednesday, 9 June 2010

Confidence with Dentyne

Hey guys and gals! Ever get that feeling where you want to let loose, and just get up and dance? Well, I’ve found the perfect outlet for you!
Check out the Dentyne ConfiDance Movement at www.myc.com.my/dentyneconfidance . For just RM 10, you get to join a 2 hour ‘Soul Groove’ dance training by Urban Groove worth RM100! Plus you get a groovy t-shirt and awesome Cadbury goodies to take home.
If you think you can bust a move, show off your talent at the Dentyne ConfiDance competition and boogey your way to winning prizes of up to RM20,000! All you need to do is submit a video of your team’s dance routine at the Dentyne ConfiDance website by 12 July 2010.

 Click Dentyne


Tuesday, 8 June 2010

is that ME????

me..after 20 yrs..huh! oke...hihi..
saje suke suki nak try usha muke sendiri bl umo dah 47 thn...ekekek...
klu uolls nak try, click you! after 20 years

jemariberkata: just for fun... ;-))




Tuesday, 1 June 2010

Selamat Tinggal Masa Lalu....


Tahukah kamu..
ketika aku mulai menyukaimu,
maka saat itu aku sudah mulai mengikis egoku demi dirimu..
Tahukah kamu..
ketika aku mulai menyayangimu,
maka sejak itu juga aku melupakan banyak hal yang ku sukai demi menyukai apa yang kamu senangi..
Tahukah kamu..
ketika aku mencintaimu dengan sepenuh hatiku,
maka saat itu juga aku mulai menjadikan aku seperti yang kamu inginkan..

ku lakukan semua seperti yang kamu harapkan..
Tp..
Mengapa perih yang kau torehkan dalam hidupku???
Mengapa linangan airmata yang kau tinggalkan untukku??
Kemana cinta yang selalu kau bisikan ditelingaku dulu??
Dimana janji bersama selamanya yang pernah kita janjikan bersama???

Aku terluka..
Namun,
Aku tak pernah membencimu..
Karna aku tahu..
Tuhan mendengarku..
Tuhan mengerti cinta yang ku banggakan ini..
dan Tuhan paham bahwa aku masiih pantas bahagia..

Terima kasiih untuk kepalsuan yang kau beri..
karna dari kepalsuan itu aku belajar menghargai arti kejujuran..
Terima kasih atas airmata yang kau tinggalkan..
krn dengan airmata ini pula aku paham betapa berharganya cintaku..

selamat tinggal masa lalu.. :)

Monday, 31 May 2010

Rangsangan Anak Bijak

OhPenaku: bebelan ini agak panjang...hihi
Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Tidak perlu muzik-muzik klasik, pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik bagi mereka ialah IBU dan BAPA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama..Interaksi harian begini adalah paling penting. Tapi kadang-kadang memang susah nak fikirkan cara baru untuk nak merangsang baby atau kanak-kanak ni kan...okeh. kat bawah ni antara aktiviti menarik yang uolls boleh praktikan (yang berdasarkan sains...cewahh)..insyaAllah pasti membuahkan hasil. ;-) Chekedout;;

  • BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

  • BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

  • JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

  • JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
  • HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
  • GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
  • TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
  • BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
  • NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
  • GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
  • SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
  • PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
  • BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
  • BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
  • SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
  • BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
  • MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
  • JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
  • MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
  • BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
  • ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
  • BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
  • LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
  • BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
  • IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
  • BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
  • RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.
  • CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
  • BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.
  • (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.
  • GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
  • JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
  • KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
  • GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")
  • TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
  • TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
  • MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).
  • RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
  • MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
  • MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
  • BERGURAU-SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
  • MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
  • AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
  • HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
  • SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
  • PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
  • CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
  • MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
  • MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
  • BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermenfaat untuk kite smue! ;-))


Ape itu BELOG??

uolls pembelog tegar?? jum kite tengok ape itu BELOG...hihi
BLOG merangkumi smue yang di atas ini....it's all about the owner and a life...enjoyyy..

HAPPY BLOGGING wahai semua "pembelog".. ;-))


Wednesday, 19 May 2010

Sebelum Kamu Mengeluh

p/s;  Untuk peringatan bersama, renung2 kan....

  • Hari ini sebelum kamu mengatakan kata2 yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
  • Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yangtidak punye apapun untuk dimakan.
  • Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa2, fikirkan tentang seseorang yang meinta2 di jalanan.
  • Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat terburuk dalam hidupnya.
  • Sebelum kamu mengeluh tentang suami @ isteri kamu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
  • Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal sebelum kamu.
  • Sebelum kamu mengeluh tentang anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak.
  • Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang bersepah, fikirkan tentang orang yang langsung tidak punya tempat berteduh.
  • Disaat kamu mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang seseorang yang sedang berusaha keras mencari pekerjaan dan mereka berharap mempunyai pekerjaan seperti kamu.
  • Sebelum kamu menunjukkan jari menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ade seorang manusia pun yang tidak melakukan kesilapan.
  • Ketika kamu bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, senyumlah dan bersyukur kepada Allah kerana kamu masih hidup di bumi ini.
  • Cintailah orang lain dengan perkataan dan perbuatanmu kerana cinta tidak diciptakan hanya untuk disimpan di dalam hati.
  • Kamu tidak mencintai seseorang kerana dia cantik @ handsome tetapi mereka cantik @ handsome kerana kamu mencintainya.
IT'S TRUE YOU DON'T KNOW WHAT YOU'VE GOT UNTIL IT'S GONE, BUT IT'S ALSO TRUE YOU DON'T KNOW WHAT YOU'VE BEEN MISSING UNTIL IT ARRIVES.

Saturday, 20 March 2010

ILMU yang WAJIB dikongsi.

Tanda-tanda awal CANCER

I got this from my fren's email...and i think i should share it here...sbbnye terlalu amat sangat berguna untuk kita especially for women like me...tp bl bc smue nih cam ssh jgk nak ikut coz bende dah jd tabiat kan....hihihi...but better to be safe than sorry...check it out.. =)

(1) Kanser pangkal rahim 
- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.  

(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.  

(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.  

(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.  

(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.  

(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.  

(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.  

(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.  

(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak
- suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.    

10       PENYEBAB UTAMA KANSER


1) Makanan
2) Alkohol
3) Sinaran cahaya matahari
4) Pengambilan ubat
5) Perokok yang tidak aktif
6) Tembakau
7) Radiasi
8) Pekerjaan
9) Pencemaran air dan udara
10) Keturunan    

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA


1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser


1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".

4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate  atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan   jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

6. Bawang Goreng segera .
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.  



Monday, 8 February 2010

Ape komen anda?? no komennn...

> Tak der maknanya tulis HALAL kalau kepala “ba alif ba ya” tu cantik punyer posing kat atas tue...

> Anda rasa-rasa kat mana lokasi nye ni? 



> sungguh tak patut perkataan HALAL itu digunakan di situ..


> sangat terharu dengan situasi ini kan...halalkah makhluk itu bg seorang HJ...??


> renung-renungkan & selamat beramal... :-)
















 

Tuesday, 2 February 2010

Apa yang patut dibuat bile boring kat ofis.... :-)

this is the 1st thing i did bl i sampai je kat ofis...hehehe...and oso bila boring tahap melampau kat ofis jugak...hehehe...


ber "fb" of course...hehehe...

dan lagiiii....

 
my screen saver...really addicted to her...hehehe...


posing gedik ala2 age 21...emmm...


dan ini tgh tunggu en.hubby pegi bank kat blakang tuuu... (tibe-tiba je) masih berkaitan dgn boring...hehehe...



Sunday, 31 January 2010

Friday, 15 January 2010

Sharing is Caring..

Asal usul Solat
 

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua
:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:-
Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua
:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .
Rakaat ketiga
:-
Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:-
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:-
Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga
:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:-
Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:-
Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun..
Rakaat ketiga
:-
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat
:-
Dukacita terhadap anak Firaun .
Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat
Semoga dengan memahami bacaan
Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.


Allah Maha Besar

(
Takbiratulihram)

Doa Iftitah

Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .



"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ......namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami ...kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"
AKAN KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT
    
 

Wednesday, 13 January 2010

eeeuuuuu...busuknyeeee...

The story begin..this mornink cam bese la..pegi ofis rempit wt en.hubby..i ni klu rempit i suke berangan atas motor tu sambil2 hirup udara pg yg sgt best..hehe...then, terfikir pulak breakfast for today..nak tapau anything from mamak stall je..slalunye i mmg x suke melawat mamak stall ni...tu pun since got married ngan en.hubby coz bl i ajak gi mamak stall je beliau slalu ckp "eeee...x mo la, terbyg je tgn mamak tu wt all the bulu2 n sweat" boleyyy..eeuuu...geli mak nyah...harus ke ckp cam tu kan...dah agak lm jugak la x gi mamak stall after dipengaruhi oleh ayat en.hubby tuuu..but this mornink rs teringin lak..(tetibe je..cam org pregnant lak :-), but i'm not okay)...so, dah smpi ofis, en.hubby pun dah u-turn nak blk, i pun terus je melangkah ke mamak stall..just 1 row wt my ofis and tapau bihun goreng + telur mata kerbau..at 1st telur mata kerbau tu x de..but i request form the mamak..then, ok la after da get wat i want, i pun rushing naik ofis..sgt semangatnye nak breakfast coz da lapar sgt kan..hehehe..i pun bukak la my tapau breakfast..then br je nak suap ke mulut, i smell sumthing really2 smelly one..this time mood i nak breakfast da terbantut..semangat i dah ilang..cisssss...but i've no idea, wat yg smelly sgt tuh..telur mata kerbau kah? bihun nye kah? i don't know..2,3 kali gak la i cium letak cium letak bihun tu sblm nak masuk ke mulut..sungguh x smpi ati i, kesian kat tekak n perut i..ish..ish..tp coz dah lapar + rs rugi byr 3 hinggit i suap gak la 3 kali, then trus buang..totally x leh masuk dah..huh! rosak breakfast i pg nih..geramnyeeee...!!!hmm, sib baik ade lg balance roti breakfast i yg yesterday...hehehe...telan aje la roti tu..but the best part, even i dah throw away jauh2 bihun tu, that smelly still melekat kat meja i..huh!!! dasyatttt bau dieee u alls...series after all this s**** happend i mmg x kan tapau kat mamak stall tu lg...sgt menyesal...but still thinking that ade jgk mamak stall yg best right u alls...hehehe...